Kedudukan MPR selepas Pindaan UUD 1945 Majlis_Musyawarah_Rakyat

Pindaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 1945) mempunyai implikasi yang meluas terhadap kedudukan, tugas, dan bidang kuasa MPR. MPR yang dahulunya berkedudukan sebagai lembaga yang tertinggi di negara, serta pemegang dan pelaksana kedaulatan rakyat yang mutlak, kini berkedudukan sebagai sebuah lembaga negara yang setaraf dengan lembaga-lembaga negara yang lain seperti Lembaga Kepresidenan, Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah, Badan Pemeriksa Kewangan, Mahkamah Agung, dan MK.

MPR juga tidak lagi memiliki bidang kuasa untuk menetapkan Garis-garis Besar Haluan Negara (GBHN) atau untuk mengeluarkan ketetapan, kecuali yang berkenaan dengan:

  • menetapkan Timbalan Presiden menjadi Presiden
  • memilih Timbalan Presiden apabila terjadi kekosongan Timbalan Presiden
  • memilih Presiden dan Timbalan Presiden apabila kedua-duanya meninggal dunia, berhenti, diberhentikan, atau tidak dapat melakukan kewajiban dalam tempoh jawatan mereka secara bersama-sama.

Hal ini membabitkan status Ketetapan Majlis Musyawarah Rakyat Sementara dan MPR yang telah dihasilkan antara tahun-tahun 1960 - 2002. Pada saat ini, ketetapan-ketetapan MPR tidak lagi merupakan sebahagian hierarki Peraturan Perundangan.